Tuesday, August 18, 2009

Salam Pengenalan

Salam perkenalan saya utuskan buat semua.
Nama saya Ahmad Bin Kasim,berumur 51 tahun,dilahirkan diBagan Dalam,Butterworth pada tanggal 07hb.Disember,1958.Saya kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohd.Saiful Hafiz berumur 17 tahun,bersekolah didalam tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik,Telok Air Tawar,Butterworth dalam jurusan Kimpalan dan Fabrikasi Logam.Isteri saya bernama Hapini Binti Darus,bekerja sebagai seorang Pembantu Tadbir di syarikat Bernas Nasional Sdn.Bhd. atau singkatannya BERNAS.
Untuk pengetahuan semua sebagai rujukan,nama SHAHA adalah cantuman dari nama ketiga-tiga kami anak beranak.SH-Saiful Hafiz,AH-Ahmad,dan HA-Hapini.
Saya berharap selepas ini ada yang sudi untuk menjadi rakan saya untuk berkongsi apa saja permasalahan atau pun apa-apa saja yang difikirkan perlu.Saya sebenarnya amat berminat dalam 'internet bussiness',jadi saya amat-amat berharap agar selepas ini ada yang sudi membantu saya dalam mencurahkan ilmu dan sedikit sebanyak dapat memberi saya tunjuk ajar mengenai perniagaan ini.Saya tentu sekali berterima kasih kepada siapa saja yang sudi menghulurkan bantuan dalam perkara ini.Sekian dari saya untuk seketika.Terima Kasih.